Wednesday, June 29, 2011

Maklumat ringkas cara-cara nak "Apply Meter KWJ"

Meter Board 1 Fasa 240V


Sesiapapun boleh memohon pemasangan meter KWJ daripada TNB dengan syarat:

1-Premis/Rumah yang hendak memohon meter mestilah telah siap sepenuhnya pendawaian dalam premis termasuk Distribution Board (DB) samaada 1 Fasa (240v) atau 3 Fasa (415v) berserta rod pembumiannya sekali bagi tujuan keselamatan sistem pendawaian elektrik dan juga pengguna.

2-Bagi Premis/Rumah/Kedai yang ingin meng'upgrade' dari sistem 1 Fasa ke 3 Fasa juga mestilah perlu mengubah DB nye kepada DB 3 Fasa terlebih dulu dan mengubah meter boardnye kepada 3 Fasa mengikut spesifikasi yg betul.
3-Bagi yang telah mempunyai DB 3 Fasa dan ingin men'downgrade' kan sistem pemasangannye kepada 1 Fasa juga perlu mengubah DB nye ke DB 1 Fasa termasuk meter boardnye sekali..

Setelah syarat2 diatas telah dilakukan barulah permohonan kepada TNB boleh di mohon beserta dokumen2 penting (prosedur TNB)

Ape dokumen penting??
1-IC pemohon
2-IC rujukan (pasangan @ share partner klu utk kedai)
3-Geran @ Surat Perjanjian SewaBeli
4-Previous bil tnb


dan fi yang perlu dibayar oleh pengguna adalah:-

RM350~RM450 (Utk urusan kontraktor berkenaan permohonan ke TNB) *wajib
RM400~RM750 (fi contribution yang mana akan ditentukan oleh TNB 1 fasa @ 3 Fasa)
RM250~RM950 (deposit buka akaun baru yg perlu dibayar oleh pengguna kepada TNB akan diberitahu oleh kontraktor kepada anda mengikut jenis kediaman,zon & fasa yg ni ada dlm senarai jadual TNB)




*Bagi kawasan sekitar Johor Bahru, Taman Molek, Taman Rinting, Pasir Gudang boleh la menghubungi saya untuk maklumat dan pertanyaan:-

Irwan
016-7507174 @ 012-7902160
Wan Electrical Services



2 comments:

  1. Bukan sesiapapun tapi sesetengah(kontraktor)shj yg blh memohon pemasangan meter dr tnb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapapun bermaksud semua org (PEMBELI/PENYEWA) tetapi melalui kontraktor yg berdaftar mengikut zon dimana premis@kediaman pemohon..BUKAN PEMOHON PERGI TNB SENDIRI MCM BYR BIL DI KAUNTER.
      Sbb tu dinyatakan bayaran dan fee yg dikenakan bermaksud byr kepada kontraktor..
      KONTRAKTOR yg menguruskan semuanya..

      FAHAM kan betul2...klu area JB tak faham direct call saya.. InshaAllah mungkin lebih jelas

      Delete