Wednesday, June 29, 2011

Maklumat ringkas cara-cara nak "Apply Meter KWJ"

Meter Board 1 Fasa 240V


Sesiapapun boleh memohon pemasangan meter KWJ daripada TNB dengan syarat:

1-Premis/Rumah yang hendak memohon meter mestilah telah siap sepenuhnya pendawaian dalam premis termasuk Distribution Board (DB) samaada 1 Fasa (240v) atau 3 Fasa (415v) berserta rod pembumiannya sekali bagi tujuan keselamatan sistem pendawaian elektrik dan juga pengguna.

2-Bagi Premis/Rumah/Kedai yang ingin meng'upgrade' dari sistem 1 Fasa ke 3 Fasa juga mestilah perlu mengubah DB nye kepada DB 3 Fasa terlebih dulu dan mengubah meter boardnye kepada 3 Fasa mengikut spesifikasi yg betul.
3-Bagi yang telah mempunyai DB 3 Fasa dan ingin men'downgrade' kan sistem pemasangannye kepada 1 Fasa juga perlu mengubah DB nye ke DB 1 Fasa termasuk meter boardnye sekali..

Setelah syarat2 diatas telah dilakukan barulah permohonan kepada TNB boleh di mohon beserta dokumen2 penting (prosedur TNB)

Ape dokumen penting??
1-IC pemohon
2-IC rujukan (pasangan @ share partner klu utk kedai)
3-Geran @ Surat Perjanjian SewaBeli
4-Previous bil tnb


dan fi yang perlu dibayar oleh pengguna adalah:-

RM350~RM450 (Utk urusan kontraktor berkenaan permohonan ke TNB) *wajib
RM400~RM750 (fi contribution yang mana akan ditentukan oleh TNB 1 fasa @ 3 Fasa)
RM250~RM950 (deposit buka akaun baru yg perlu dibayar oleh pengguna kepada TNB akan diberitahu oleh kontraktor kepada anda mengikut jenis kediaman,zon & fasa yg ni ada dlm senarai jadual TNB)




*Bagi kawasan sekitar Johor Bahru, Taman Molek, Taman Rinting, Pasir Gudang boleh la menghubungi saya untuk maklumat dan pertanyaan:-

Irwan
016-7507174 @ 012-7902160
Wan Electrical Services