Sila semak checklist ini (kemudian anda boleh tidur nyenyak):
-
Pernahkah rumah anda diperiksa oleh pendawai elektrik yang kompeten?
Jika ‘belum’, sila hubungi kontraktor elektrik berdaftar dan bertauliah atau hubungi kami
-
Adakah usia pendawaian elektrik di rumah anda sudah melebihi 15 tahun?Kalau ‘ya’, maka anda perlu membuat pemeriksaan semula dan menguji pendawaian elektrik rumah anda
-
Adakah penggunaan elektrik rumah anda tidak melebihi kadar had yang ditetapkan?kerana penggunaan beban yang melebihi had (overload) menyebabkan fius terbakar, litar pintas, kebakaran dan kemalangan jiwa!
Sila hubungi kami jika anda tidak pasti sama ada rumah anda overloaded atau tidak
-
Adakah rumah anda menggunakan 10KW beban elektrik?
Jika rumah anda mendapat bekalan 3 fasa anda tidak perlu bimbang
Jika rumah anda masih menggunakan bekalan 1-fasa, anda perlu ‘upgrade’ sistem bekalan anda kepada sistem 1-fasa
hubungi kami untuk dapatkan sebutharga bagi kerja kerja ‘upgrading’
-
Adakah rumah anda menggunakan lebih dari 3 unit air conditions?Jika rumah anda mendapat bekalan 3 fasa anda tidak perlu bimbang
Jika rumah anda masih menggunakan bekalan 1-fasa, anda perlu ‘upgrade’ sistem bekalan anda kepada sistem 3-fasa
hubungi kami untuk dapatkan sebutharga bagi kerja kerja ‘upgrading’
-
Adakah anda menggunakan ‘extension wire’ atau adaptors di dapur?
Jika ya, ia memang membimbangkan. Dapur menggunakan peralatan elektrik dan perlukan soket soket yang tidak berkongsi. Anda dinasihatkan membuat pints soket tambahan untuk keselamatan. Pendawaian soket mesti diambil direct dari DB
-
Adakah wire/cable utk pendawaian air-cond di ambil secara terus (direct) dari DB (kotak agihan) atau di ambil dari plug 13 A SSO (switch socket outlet) yang berdekatan?Jika ya, anda dalam bahaya, kerana untuk pendawaian Air cond, pendawaian mesti lah di sambung terus dari DB(Main Switch Board). Anda dinasihatkan untuk membuat pendawaian semula demi keselamatan jangka panjang.
-
Pernahkan suis lampu atau plug 13A SSO anda menjadi panas?
Ini sebagai tanda ada berlaku lebih beban (overload) sila hubungi pendawai bertauliah untuk ujian keselamatan pepasangan
-
Adakah rumah anda selamat dari panahan kilat dan petir? Pernah kah rumah anda di panah kilat dan petir?Jika rumah anda terletak di atas bukit anda perlu memasang ‘Sistem Perlindungan kilat’ untuk keselamatan rumah dan komputer anda. Rumah di atas bukit amat mudah di sambar kilat dan petir.